Siuuu Ronaldo kembali bergema - Utusan Malaysia

Siuuu Ronaldo kembali bergema

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester United bangkit daripada kekalahan 0-5 kepada Liverpool dengan membenam Tottenham 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.

Jaringan Cristiano Ronaldo, Edinson Cavani dan Marcus Rashford memberikan kemenangan pertama buat Red Devils dalam lima perlawanan liga.

Kemenangan di Stadium Tottenham Hotspurs itu pastinya mengurangkan tekanan Ole Gunnar Solskjaer yang tiba di London dengan risiko dipecat sekiranya kalah lagi.

EDINSON Cavani (kanan) meraikan jaringannya bersama Bruno Fernandes.

Tekanan sebaliknya dirasai pengurus Tottenham, Nuno Espirito Santo yang mengalami kekalahan liga kedua berturut-turut.

Keputusan Solskjaer menggandingkan dua penyerang veteran, Ronaldo dan Cavani buat kali pertama nyata memberi impak positif.

Kepulangan Raphael Varane juga mengukuhkan benteng United selepas pemain Perancis itu membentuk kombinasi mantap bersama Harry Maguire dan Victor Lindelof.

KEPULANGAN Raphael Varane (kanan) mengukuhkan benteng United.

Biarpun Tottenham melancarkan beberapa serangan bahaya di awal permainan menerusi Son Heung-min, Lucas Moura dan Cristian Romero, namun pasukan pelawat yang berjaya merobek gawang tuan rumah pada minit ke-39.

Ronaldo menewaskan Ben Davies sebelum menyambut hantaran cantik Bruno Fernandes dengan melepaskan voli ke penjuru gawang.

Biarpun Tottenham terus memberi tekanan pada babak kedua, terutama selepas Steven Bergwijn masuk menggantikan Moura, namun United berjaya menembusi gawang lawan sekali lagi.

MARCUS Rashford melengkapkan gol ketiga.

Umpanan Ronaldo pada minit ke-64 disudahkan dengan baik oleh Cavani untuk kedudukan 2-0.

Ketika permainan berbaki empat minit untuk ditamatkan, pemain gantian, Rashford melengkapkan kemenangan 3-0.

Tiga mata yang diraih membolehkan United melonjak ke tangga kelima liga, manakala Spurs terperosok ke kedudukan kelapan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya