Sepanyol lebur rekod luar biasa Itali - Utusan Malaysia

Sepanyol lebur rekod luar biasa Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Sepanyol meleburkan rekod 37 perlawanan tanpa kalah Itali apabila menundukkan juara Eropah itu 2-1 untuk melangkah ke final Liga Negara-Negara sebentar tadi.

Terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas kapten mereka, Leonardo Bonucci dibuang padang ekoran mengutip kad kuning kedua pada minit ke-42 nyata bukan tugas mudah buat tuan rumah.

Bintang Manchester City, Ferran Torres meletakkan Sepanyol di depan seawal minit ke-17.

Ketika tuan rumah berusaha bangkit mencari gol penyamaan, layangan kad merah terhadap Bonucci gara-gara menyiku Sergio Busquets menyukarkan tugas mereka.

 

FERRAN Torres (kiri) meraikan jaringannya ketika membantu Sepanyol menewaskan Itali di Milan hari ini.

Turun dengan misi membalas dendam atas kekalahan kepada Itali pada separuh akhir Euro 2020, Jun lalu, Sepanyol melaksanakan misk dengan bergaya apabila menundukkan skuad Azzurri di depan penyokong mereka sendiri.

Beberapa saat sebelum wisel penamat babak pertama ditiupkan, Torres menambah derita Itali apabila meledak gol kedua skuad La Roja selepas menyempurnakan hantaran silang Mikel Oyarzabal.

Anak-anak buah Luis Enrique kini akan berdepan pemenang di antara Belgium atau Perancis dalam perlawanan akhir yang akan diadakan di Stadium San Siro, Milan pada Isnin depan.

PEMAIN Itali tidak mampu menahan kecewa kalah  kepada Sepanyol di tempat mereka sendiri.

Biarpun Itali berjaya merapatkan jurang pada minit ke-83 hasil serangan balas yang disempurnakan Lorenzo Pellegrini,
namun ia sudah terlewat untuk mengejar Sepanyol.

Perlawanan di San Siro turut memahat sejarah buat Sepanyol yang menurunkan pemain remaja berusia 17, Gavi, sekali gus menjadikannya pemain termuda beraksi buat negara itu.

Bintang tengah itu diturunkan dalam kesebelasan utama Sepanyol hanya enam minggu selepas membuat kemunculan sulung bersama Barcelona. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya