Selangor tak goyah tanpa ‘ubi muda’ - Utusan Malaysia

Selangor tak goyah tanpa ‘ubi muda’

PEMAIN Selangor melakukan persiapan terbaik untuk menyambung kempen Piala Malaysia dengan menentang Kuching City malam ini. – IHSAN SELANGOR FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keyakinan Selangor menjelang aksi menentang Kuching City dalam Piala Malaysia malam ini tidak goyah meskipun hilang beberapa ‘ubi muda’ mereka yang menyahut seruan skuad bawah 22 tahun (B-22) negara di Mongolia.

Jurulatih Selangor, Karsten Neitzel berkata, beliau melihat ketiadaan Mukhairi Ajmal, Zikri Khalili, Harith Haiqal dan Sikh Izhan Nazrel sebagai peluang buat mereka untuk lebih ­menyinar dan membanggakan kelab.

Beliau lebih berbangga apabila Mukhairi dilantik menjadi kapten, dengan Zikri dan Harith penolong ketua pasukan skuad B-22 negara, yang bertandang ke Mongolia bagi mengharungi kelayakan Piala Asia B-23 2022.

PEMAIN muda Selangor membawa cabaran Malaysia dalam kelayakan Piala Asia bawah 23 tahun di Mongolia.

“Sudah tentu kami me­rindui khidmat pemain ­seperti Mukhairi, Zikri dan Harith dalam Piala Malaysia kerana mereka ada pengalaman beraksi di Liga Super.

“Bagaimanapun, saya sebenarnya gembira apabila mereka pergi ke Mongolia membawa nama Malaysia.

“Saya tidak akan merungut mengenainya, malah kami bangga kerana pemain dari kelab ini yang dipanggil menyertai pasukan B-23 kerana ia sesuatu yang baik,” katanya menjelang perlawanan ketiga Kumpulan B itu di Stadium Majlis Bandaraya ­Petaling Jaya.

Sementara itu, Neitzel me­ngakui kehadiran semula penyokong dapat membantu pemainnya mencari keputusan positif selepas dikecewakan 1-2 oleh Terengganu dalam aksi terakhir.

“Memang mudah hendak menyokong pasukan apabila kita sedang mendahului 2-0 atau 3-0.

“Bagaimanapun ketika pasukan sedang bergelut, pada saat itulah kami sebenarnya sangat memerlukan penyokong.

“Saya harap penyokong yang hadir nanti dapat terus menjadi tulang belakang pasukan tidak kira keputusan perlawanan.

“Begitupun, sudah tentu kami mahu hadiahkan kemena­ngan buat mereka, terutama beraksi di laman sendiri nanti,” kata­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya