Selamat tinggal MotoGP - Hafizh - Utusan Malaysia

Selamat tinggal MotoGP – Hafizh

HAFIZH SYAHRIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas lapan tahun bersaing dalam Kejuaraan Motosikal Dunia, pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengesahkan musim ini adalah tahun terakhirnya beraksi dalam perlumbaan berprestij itu.

Menurut pelumba kelahiran Ampang berusia 27 tahun itu, dia sudah sedaya upaya cuba mendapatkan keputusan terbaik bersama pasukan NTS RW Racing GP, namun ia tidak berjalan seperti diharapkan.

Kata Hafizh, ada beberapa faktor yang mendorongnya untuk berundur sambil menyifatkan perkara itu sesuatu yang sukar tetapi terpaksa dilakukan.

“Saya sebenarnya sudah buat sehabis baik dengan jentera saya. Mungkin saya dan pasukan tak dapat nak cari cara mana lagi untuk meningkatkan prestasi jentera,” katanya dalam satu perkongsian video malam tadi.

Kata Hafizh kekangan kewangan kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri antara punca dia perlu memikirkan semula mengenai masa depannya dalam perlumbaan MotoGP.

“Saya tahu ramai masih berharap saya kekal tetapi saya perlu fikirkan masa depan dan mungkin akan buat benda yang lain,” katanya.

 

SELEPAS lapan tahun, Hafizh Syahrin akhirnya bakal mengucapkan selamat tinggal kepada Kejuaraan Motosikal Dunia.

Kata Hafizh, dia tidak mahu kekal dalam MotoGP semata-mata untuk membawa dana atau tajaan kepada pasukan yang disertai, terutama pasukan berpangkalan di Eropah.

“Saya bukan tak minat cara macam itu tapi saya yakin mampu bersaing dengan yang lain, jadi kenapa saya perlu bawa duit untuk pasukan?

“Kemudian kalau saya tak dapat apa yang saya mahukan, terutama prestasi jentera, saya rugi macam itu saja,” katanya.

Menurut Hafizh, dia belum memikirkan masa depannya, namun tidak menolak untuk bersaing  dalam pertandingan lain seperti Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) atau Kejohanan Superbike Dunia (WSBK).

“Saya tak berani buat keputusan sekarang. Bila tiba masanya saya akan bagi tahu apa yang akan saya buat,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya