LONDON: Cristiano Ronaldo dan pasangannya, Georgina Rodriguez semalam mengumumkan mereka bakal menimang anak kembar.
Menurut majalah Sepanyol, Hola!, Georgina, 27, kini hamil tiga bulan.
Ronaldo, 36, sudahpun memiliki empat orang anak, tiga daripadanya dilahirkan menggunakan kaedah ibu tumpang.
Georgina Berkongsi gambar imbasan bayi mereka di media sosial dengan menulis: “Gembira untuk mengumumkan, kami menjangkakan kembar.
“Hati kami penuh dengan cinta – kami tidak sabar hendak menunggu kamu.”
Ronaldo adalah bapa kepada Cristiano Jr, 11, kembar Eva dan Mateo, 4, serta Alana Martin yang dilahirkan Georgina tiga tahun lalu.
Pada 2017, bintang Manchester United itu pernah mendedahkan dia mahu tujuh orang anak.
Georgina kemudian berkata: “Keinginan saya untuk menjadi ibu lebih tinggi daripada segalanya.
“Saya mengharapkan lebih ramai anak.” – AGENSI