RM10 juta untuk sukan OKU, e-sukan RM20 juta - Utusan Malaysia

RM10 juta untuk sukan OKU, e-sukan RM20 juta

BONNIE BUNYAU GUSTIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak RM10 juta diperuntukkan kepada Majlis Sukan Negara khusus untuk meningkatkan program latihan atlet orang kelainan upaya (OKU), selain mewujudkan Liga Sukan OKU.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan tersebut dibuat bagi memperkasakan sukan OKU dalam usaha memburu kejayaan lebih besar pada Sukan Paralimpik 2024 Paris.

“Lagu Negaraku, yang berkumandang di bumi Tokyo menandakan kejayaan atlet para kita merangkul pingat emas di temasya Paralimpik 2020.

“Tahniah diucapkan khususnya kepada Bonnie Bunyau Gustin, Cheah Liek Hou dan Abdul Latif Romly serta seluruh kontinjen negara atas pencapaian membanggakan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2022 yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’ di Dewan Rakyat hari ini.

E-SUKAN turut mendapat dana dalam Bajet 2022.

Dalam masa sama, Zafrul turut mengumumkan sebanyak RM20 juta disediakan bagi pembangunan e-Sukan kebangsaan, termasuk RM5 juta untuk mewujudkan Pusat Kecemerlangan Sukan Dron.

“E-Sukan kini sudah menjadi fenomena baharu dalam kalangan anak muda dan dilihat mempunyai prospek terbaik pembangunan sukan negara,” katanya.

Tambah Zafrul, kerajaan turut bercadang untuk memberikan pengecualian cukai pendapatan ke atas wang hadiah kemenangan kejohanan e-sukan yang layak.

Selain itu katanya, kerajaan juga akan memperuntukkan RM50 juta bagi melaksanakan program
seperti pembudayaan gaya hidup aktif, Fit Forever dan Penganjuran Hari Sukan Negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya