MISANO ADRIATICO, Itali: Fabio Quartararo dinobat sebagai juara MotoGP dunia selepas pencabar terdekatnya, Pecco Bagnaia terlibat kemalangan pada Grand Prix (GP) Emilia Romagna, di sini hari ini.
Quartararo muncul pelumba pertama Perancis menjuarai kelas perdana dalam Kejuaraan Dunia dan gelaran pertama untuk Yamaha sejak Jorge Lorenzo pada 2013.
Bagnaia berusaha memastikan perebutan gelaran juara dunia terus ‘hidup’ apabila jauh meninggalkan Marc Marquez sebelum terlibat kemalangan di Selekoh 15 ketika perlumbaan berbaki lima pusingan.
?? Respect ☺️ Congratulations, @FabioQ20! ?? ? It’s been an amazing season and we are glad that we were able to bring on the fight to you! We will try again next year ???#ELD1ABLO@PeccoBagnaia | @MotoGP pic.twitter.com/1BiQpLre6Z
— Ducati Corse (@ducaticorse) October 24, 2021
Situasi itu menyaksikan gelaran dunia menjadi milik Quartararo dengan kelebihan 52 mata kerana kedudukannya tidak mampu dipintas dalam baki dua perlumbaan.
Perlumbaan di Misano itu dimenangi pelumba Honda, Marc Marquez yang mengenepikan rakan sepasukan, Pol Espargaro. Enea Bastianini dari Ducati ketiga.