Piala Dunia 2018 hanya ‘sejarah’ - Utusan Malaysia

Piala Dunia 2018 hanya ‘sejarah’

PEMAIN Belgium (dari kiri), Kevin De Bruyne, Romelu Lukaku dan Eden Hazard menjalani latihan di Tubize, Belgium kelmarin dalam persiapan menghadapi Perancis pada separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah esok. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Pertemuan menentang Perancis pada separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah esok bukan medan membalas dendam atas kekalahan pada Piala Dunia 2018 kerana ia ha­nyalah ‘sejarah’ yang tidak perlu dikenang, tegas jurulatih Belgium, Roberto Martinez.

Tiga tahun lalu, Belgium tumpas 0-1 kepada skuad bim­bingan Didier Deschamps yang kemudian menumpaskan Croatia 4-2 dalam final di Moscow untuk merangkul kejuaraan dunia kedua.

“Tidak timbul isu balas dendam.

“Kami memandang ke depan. Perancis sudah muncul juara dunia, sekarang kami mahu kalahkan mereka untuk mara ke final (Liga Negara-Negara),” kata Martinez menjelang pertemuan di Turin.

JARINGAN Samuel Umtiti membantu Perancis menewaskan Belgium 1-0 ketika kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu pada separuh akhir Piala Dunia 2018.

Bintang tengah Belgium, Axel Witsel berkata, pertemuan menentang Perancis tidak mudah, namun seperti Piala Dunia 2018 mereka dipersiapkan untuk menghadapi Les Bleus.

“Kami sudah lama melupakan kekalahan di Piala Dunia.

“Pertemuan kali ini sama sekali pertandingan yang berbeza. Kami tidak mahu memberi tekanan kepada diri sendiri kerana mahu menebus kekalahan lalu.

“Kami harus kekal bertenang kerana kami perlu mengalahkan pasukan yang bagus untuk ­melangkah ke perlawanan ­akhir,” kata bintang Borussia Dortmund itu.

PADAM IGAUAN BURUK EURO 2020

Tersingkir menerusi sepakan penalti kepada Switzerland di pusingan 16 akhir Kejohanan Eropah (Euro), Jun lalu masih membayangi Perancis menje­lang pertemuan menentang Belgium esok.

KYLIAN Mbappe memerlukan lebih sokongan sejak kegagalan menyempurnakan sepakan penalti ketika Perancis tewas kepada Switzerland dalam aksi Euro 2020.

Kelmarin, akhbar L’Equipe menerbitkan temubual panjang dengan Kylian Mbappe yang gagal menyempurnakan penalti seterusnya memberi kemena­ngan buat Switzerland.

Kata Mbappe, dia memerlukan sokongan ‘lebih kuat’ selepas kekalahan tersebut.

“Saya perlukan sokongan bukan kerana sepakan penalti di­selamatkan (Yann) Sommer tapi saya digelar monyet kerana perkara itu,” kata Mbappe.

Perancis akan berdepan ­Belgium di Turin tanpa bintang tengah Chelsea, N’Golo Kante yang dijangkiti Covid-19 ketika Blues kalah 1-0 di Juventus ­minggu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya