Pandelela kini bergelar Datuk - Utusan Malaysia

Pandelela kini bergelar Datuk

PANDELELA RINONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jagoan sukan tanah air terus mendapat pengiktirafan selepas ratu terjun negara, Pandelela Rinong dianugerahkan Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun kelahiran ke-85 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud hari ini.

Pemenang pingat perak dan gangsa Sukan Olimpik itu antara 1,326 penerima darjah kebesaran dan pingat.

Pandelela, 28, menjadi atlet kebangsaan kedua tahun ini menerima penghormatan yang membawa gelaran Datuk selepas jaguh berbasikal, Datuk Azizulhasni Awang.

Beliau adalah atlet negara keempat dalam sejarah menerima pengiktirafan ketika masih aktif selepas Datuk Lee Chong Wei (badminton), Datuk Nicol David (skuasy) dan Azizulhasni.

Pandelela yang meraih gangsa di Sukan Olimpik London 2012 dan perak pada temasya Rio 2016 menjadi sandaran Malaysia untuk memburu pingat di Paris 2024.

Mendahului senarai penerima darjah kebesaran ialah bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohideen yang menerima darjah Datuk Amar Bintang Kenyalang (D A) yang membawa gelaran Datuk Amar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya