Palace rosakkan malam istimewa Guardiola - Utusan Malaysia

Palace rosakkan malam istimewa Guardiola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Crystal Palace merosakkan penampilan ke-200 Pep Guardiola dalam aksi Liga sebagai pengurus Manchester City apabila mengejutkan 10 pemain lawan 2-0 di Etihad, sebentar tadi.

Jaringan Wilfried Zaha dan Conor Gallagher memastikan tiga mata dibawa pulang oleh Palace pada ketika skuad The Citizens mengalami kekalahan kedua musim ini.

Jaringan awal Zaha pada minit keenam mengejutkan juara bertahan, City di depan ribuan penyokong mereka.

PEMAIN Crystal Palace meraikan jaringan Conor Gallagher.

Bertambah malang buat tuan rumah apabila Aymeric Laporte dilayangkan kad merah pada waktu kecederaan babak pertama kerana menjatuhkan pemain lawan.

Gabriel Jesus menjangkakan dia berjaya menyamakan kedudukan sebaik sahaja separuh masa kedua bersambung.

Bagaimanapun video bantuan pengadil (VAR) membatalkan jaringan tersebut kerana dia berada di kedudukan ofsaid.

Ketika permainan berbaki dua minit untuk ditamatkan, Gallagher melengkapkan kemenangan sensasi Palace. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya