Orang baharu jadi setiausaha Pafa - Utusan Malaysia

Orang baharu jadi setiausaha Pafa

Muhammad Yadzan Mohammad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Angin tiada, ributpun tiada tapi Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) dilanda pergolakan apabila menggantikan Setiausaha Kehormatnya, Mohamed Helmi Mohamed.

Helmi kini digantikan oleh Naib Presiden 3, Datuk G. Irudianathan.

Pelantikan Irudianathan itu dibuat oleh Pemangku Presiden, Datuk Muhammad Yadzan Mohammad melalui satu kenyataan akhbar hari ini.

Muhammad Yadzan berkata, keputusan itu dibuat susulan usaha penstrukturan semula Pafa.

Katanya, pelantikan Irudianathan mampu membantu melancarkan pengurusan persatuan dan akan memberi kebaikan kepada badan induk bola sepak negeri ini.

“Pafa percaya dengan pengalaman luas beliau, Irudianathan juga mampu membawa Pafa ke tahap lebih tinggi sambil memenuhi aspirasi pemegang taruh, buat masa ini kita letak beliau sebagai memangku tugas setiausaha.

“Selamat menjalankan tugas dengan profesional dan penuh amanah demi memartabatkan bola sepak negeri khususnya dan negara amnya,” katanya.

Sementara itu, Irudianathan dalam kenyataannya berterima kasih kepada Pemangku Presiden Pafa itu di atas kepercayaan dan keyakinan terhadapnya untuk menggalas tugas baru itu.

“Saya terpanggil untuk mengambil tanggungjawab dan apa yang pasti saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk Pafa khususnya dalam memajukan sukan bola sepak di negeri yang amat kita sayangi.

“Sebagai Setiausaha Kehormat, tugasnya memang berat, namun dengan kepercayaan yang diberikan saya akan cuba melaksanakan amanah yang diberikan kepada saya dengan sebaik mungkin untuk membantu kepimpinan Pafa memacu suka bola sepak maju ke hadapan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya