Nur Izzuddin-Sze Fei jumpa beregu Denmark di separuh akhir - Utusan Malaysia

Nur Izzuddin-Sze Fei jumpa beregu Denmark di separuh akhir

GOH SZE FEI-NUR IZZUDDIN RUMSANI. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei melakar kejutan terbesar pada kejohanan badminton Terbuka Denmark hari ini apabila menyingkirkan pasangan No. 7 dunia, Fajar Alfian-Muhamad Rian Ardianto untuk melangkah ke separuh akhir.

Dalam aksi di Odense, Nur Izzuddin-Sze Fei yang menghuni ranking ke-26 dunia menang 21-18, 21-17 dalam perlawanan yang berlangsung selama 34 minit.

Ini kali pertama beregu muda negara itu menewaskan Fajar-Muhammad Rian selepas tewas dalam tiga pertemuan sebelum ini.

Pasangan yang masing-masing berusia 23 dan 24 tahun itu kini akan menentang beregu tuan rumah yang juga pilihan kelapan, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen bagi merebut tiket ke pentas final.

Astrup-Rasmussen terdahulu mara selepas menumpaskan satu lagi beregu Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana 19-21, 21-11, 21-17.

Cabaran beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing bagaimanapun berakhir selepas tumpas dalam aksi sengit menentang pilihan keempat, Yuta Watanabe-Arisa Higashino.

Beregu profesional negara itu menang set pertama sebelum tewas 21-19, 12-21, 14-21 kepada pasangan No. 5 dunia dari Jepun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya