PARIS: Lionel Messi akan mengundi rakan sepasukannya di Paris Saint-Germain (PSG), Neymar dan Kylian Mbappe untuk anugerah Ballon d’Or meskipun dia sendiri menjadi pi lihan memenangi trofi buat kali ketujuh.
Anugerah itu kembali dipertandingkan tahun ini selepas dibatalkan tahun lalu kerana pandemik Covid-19.
Seramai 30 pemain berada dalam senarai pendek dan empat daripada mereka terdiri daripada bintang PSG.
Bintang-bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) yang diketuai seteru Messi, Cristiano Rolando menguasai 14 pencalonan anugerah pemain bola sepak terbaik dunia itu.
Messi dilihat menjadi pilihan mengatasi penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski dan bintang Chelsea, Jorginho dalam anugerah kali ini.
Bagaimanapun, penyerang berusia 34 tahun itu mengakui dia akan mengundi rakan baharunya di PSG, Mbappe dan Neymar meskipun mereka tidak memenangi sebarang trofi utama musim lalu.
“Jelas sekali saya akan undi Ney dan Kylian.
“Mereka memiliki kemahiran individu luar biasa sama seperti Lewandowski dan Karim Benzema (Real Madrid).
“Trofi utama harus menjadi penanda aras atas pencapaian Neymar dan Kylian,” katanya kepada L’Equipe. – AGENSI