NEWCASTLE, United Kingdom: Era baharu akan bermula buat Newcastle malam ini apabila St. James’ Park dijangka dipenuhi penyokong bagi menyaksikan perlawanan pertama Magpies sejak kelab itu dikuasai dana kewangan Arab Saudi.
Pengarah baharu Newcastle, Amanda Staveley berkata cita-cita konsortium itu ialah menukar kelab menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam tempoh sedekad.
Bagaimanapun ada perbezaan besar di Newcastle menjelang kunjungan Tottenham ke Tyneside dan ke mana Dana Pelaburan Awam Arab Saudi (PIF) mahu membawa kelab tersebut.
Newcastle kini menduduki tangga kedua tercorot tanpa kemenangan dalam tujuh perlawanan pembukaan musim ini.
Steve Bruce akan mengetuai perlawanan ke-1,000 dalam karier pengurusannya selepas diberi jaminan akan kekal walaupun wujud spekulasi mungkin dipecat.
“Perubahan tidak berlaku sekelip mata, ia perlukan masa dan kami memikirkan dengan berhati-hati.
“Steve sangat profesional dalam perbincangan kami. Dia akan membawa pasukan esok (malam ini),” kata Staveley. – AGENSI