MU terus unggul - Utusan Malaysia

MU terus unggul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Melaka United meneruskan rentak cemerlang apabila melakar kemenangan ketiga berturut-turut selepas menumpaskan Kelantan United 2-1 dalam aksi Kumpulan C, Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, sebentar tad.

Piala Malaysia yang berehat hampir sebulan nyata tidak menjejaskan rentak anak didik Zainal Abidin Hassan yang beraksi cemerlang menguasai babak perlawanan dan menyekat pasukan dari Pantai Timur itu daripada pulang mengutip mata.

Kejayaan Melaka memahat kemenangan ketiga selepas menewaskan juara Liga Perdana, Negeri Sembilan 2-0 dan naib juara Liga Super, Kedah 3-1 memperkukuhkan kedudukan tangga teratas Kumpulan C dengan sembilan mata.

Kemenangan ketiga berturut-turut hadiah sempurna buat peminat yang kembali ke stadium selepas enam bulan. – IHSAN MELAKA UNITED

Buat Kelantan ini  kekalahan ketiga selepas tunduk 0-3 kepada Kedah dan 0-1 ketika berdepan Negeri Sembilan kini menduduki tangga terakhir ketika skuad Hobin Jang Hobin menarik diri daripada Piala Malaysia.

Dua jaringan bintang import dari Haiti, Sony Norde (minit ke-25) dan pemain import dari
Brazil, Adriano Narcizo (minit ke-54) sudah cukup memastikan tuan rumah mengutip tiga mata penuh.

Gol tunggal pelawat dijaringkan Shuhei Fukai (minit ke-43).

SONY Norde meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan.

Seawal minit kelapan Melaka United menguji benteng pertahanan Kelantan United namun rembatan Sony Norde
tetapi tersasar jauh daripada pintu gol pelawat.

Pada minit ke-17, bintang import Melaka dari Brazil, Adriano Narcizo pula kecewa apabila rembatan kencangnya turut tersasar untuk membuka jaringan awal.

Kelantan United jelas tertekan dengan asakan bertali arus tuan rumah apabila Manuel Ott hampir-hampir meledak gol  pertama, namun sepakan kencangnya ditepis penjaga gol, Mohamad Fikri Che Soh pada minit ke-22.

Seminit selepas itu, Adriano sekali lagi hampa apabila rembatannya mengenai tiang gol sebelah kanan selepas menerima hantaran Wan Zahrul Nizam.

Akhirnya kebuntuan jaringan memihak kepada tuan rumah pada minit ke-25 akibat kesilapan pertahanan Kelantan, Mohamad Hariz Kamarudin.

Pemain itu menahan bola hantaran pemain tuan rumah, Khairul Anwar Shahrudin namun bola muntah jatuh di kaki Norde yang terus merembat kencang menggegar jaring pelawat.

Begitupun, Kelantan tidak menunggu lama apabila dua minit sebelum babak pertama tamat, Shuhei Fukai menanduk masuk menewaskan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat selepas menerima hantaran sepakan percuma ketua pasukan, Mohd. Fitri Omar.

Sebaik sahaja babak kedua bermula, tuan rumah hampir menjaringkan gol kedua tetapi hampa apabila Ott yang menerima hantaran Norde sekadar merembat lemah.

Pada minit-54, Adriano meledakkan jaringan kedua Melaka dari luar kotak penalti gagal diselamatkan penjaga gol pelawat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya