Messi ‘terasing’ di PSG – Henry - Utusan Malaysia

Messi ‘terasing’ di PSG – Henry

LIONEL MESSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Tiba di Paris dengan reputasi besar, Lionel Messi bagaimanapun seperti ‘terasing’ di Paris Saint-Germain (PSG), menurut bekas rakan sepasukannya yang juga legenda Perancis, Thierry Henry.

Messi, 34, tiba dari Barcelona dengan perpindahan percuma pada permulaan musim, namun pemenang Ballon d’Or enam kali tersebut masih mencari rentak bersama gergasi Ligue 1 itu.

Walaupun sudah menjaringkan tiga gol dalam tiga penampilan Liga Juara-Juara bersama PSG, kapten Argentina itu belum menjaringkan gol atau melakukan umpanan dalam saingan Ligue 1 musim ini.

Henry berkata, ‘terasing’ yang dimaksudkan bukan dipulaukan pasukan, tetapi kesukaran untuk menyesuaikan diri sejak berhijrah bersama pasukan baharu.

“Dia seperti terasing, kurang mengawal bola.

“Saya tidak kata dia sedih tapi terasing. Saya suka jika dia bermain di bahagian tengah (serangan).

“Saya berdepan masalah de­ngan Leo yang turun di bahagian kanan, jika di tengah, dia boleh mengatur rentak permainan.

“Sesuatu perlu dicari bagi memastikan (Kylian) Mbappe, Neymar dan Messi mampu bergandingan bersama,” kata Henry kepada RMC Sport. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya