McIlroy juara Piala CJ - Utusan Malaysia

McIlroy juara Piala CJ

Rory McIlroy muncul juara Piala CJ selepas menewaskan Collin Morikawa dengan perbezaan satu pukulan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAS VEGAS: Rory McIlroy merangkul kejuaraan Sriri Jelajah US PGA 20 selepas menewaskan Collin Morikawa dengan satu pukulan dalam saingan Piala CJ.

Selepas kecewa dalam saingan Piala Ryder, dia menampilkan aksi cemerlang dengan membuktikan dia layak untuk menjadi juara empat gelaran utama.

“Untuk beberapa bulan lalu saya cuba menjadi orang lain. Saya sedar bahawa menjadi diri sendiri adalah mencukupi,” katanya.

McIlroy melakukan eagle dari jarak 35 kaki di lubang ke-14 dan catatan par di empat lubang terakhir untuk menamatkan saingan dengan 263 pukulan, 25 di bawah par di Summit Club, Las Vegas.

Katanya, kekecewaan di Piala Ryder selepas tewas 9-19 kepada Amerika Syarikat menjadikannya lebih baik.

“Sangat mengecewakan ketika itu. Saya sangat kecewa dengan cara saya bermain dan saya sangat beremosi bila memikirkan kejayaan di sini,” katanya.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya