Malaysia turun buru kemenangan - Utusan Malaysia

Malaysia turun buru kemenangan

BARISAN Pemain Malaysia Bawah 23 tahun yang layak ke pusingan akhir Piala Asia B-22 2022 – IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hanya perlu seri untuk mengesahkan tiket ke Uzbekistan tahun depan, Malaysia bagaimanapun turun dengan mentaliti serang dan menang apabila menentang Thailand dalam aksi Kumpulan J, kelayakan Piala Asia Bawah 23 (B-23) di Ulaanbaatar, Mongolia hari ini.

Pengendali skuad B-22 negara, Brad Maloney tidak berhasrat menukar taktikal atau pendekatan seperti yang diterapkan ketika menum­paskan Laos dan Mongolia 1-0 dalam dua perlawanan pertama.

“Pendekatan permainan kami tidak akan berubah ­biarpun matlamat dalam dua perlawanan sebelum ini telah tercapai iaitu mencatat kemenangan.

“Tidak perlu melakukan banyak perubahan pada aksi terakhir. Thailand pasukan yang baik dan mereka adalah pilihan dalam kejohanan ini, selain memiliki pemain yang berkualiti.

“Kami hanya mahu bermain seperti biasa dan memberi saingan sengit. Tiada rombakan atau perubahan ketara,” katanya.

Malaysia kini menduduki tangga teratas Kumpulan J dengan mengumpul enam mata maksimum, dua mata meninggalkan Thailand yang seri 1-1 dengan Mongolia dan membenam Laos 3-0, Khamis lalu.

“Semua orang tahu ke­adaan (padang) dan ia dihadapi oleh setiap pasukan yang bermain.

“Kadangkala (pasukan) berdepan saat sukar dan ada ketika kita mampu beraksi dengan baik.

“Saya berharap kita layak ke pusingan akhir nanti,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya