Malaysia mula langkah kiri dalam Piala Uber - Utusan Malaysia

Malaysia mula langkah kiri dalam Piala Uber

EOON QI XUAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Eoon Qi Xuan melakar kemenangan sensasi ke atas pemain No. 23 dunia, Line Christophersen, namun ia tidak cukup untuk menghalang Malaysia dari tewas 1-4 kepada tuan rumah dalam aksi pembukaan badminton Piala Uber di Aarhus, Denmark sebentar tadi.

Turun ketika pasukan negara sedang ketinggalan 0-2, Qi Xuan yang menghuni ranking ke-123 dunia langsung tidak gentar ketika menang 18-21, 21-18, 21-15.

Bagaimanapun, kecemerlangan pemain berusia 21 tahun itu gagal menaikkan semangat rakan-rakan sepasukannya untuk mencari dua lagi mata yang diperlukan.

S. KISONA

Teo Mei Xing-Yap Ling mengesahkan kekalahan Malaysia dalam aksi sulung Kumpulan D apabila tunduk 13-21, 19-21 kepada Amalie Magelund-Freja Ravn.

K. Letshanaa juga gagal menyumbangkan mata selepas kalah 18-21, 14-21 di tangan
Line Hojmark Kjaersfeldt.

Terdahulu, S. Kisona yang turut sebagai perseorangan pertama kalah mudah 11-21, 7-21 kepada pemain No. 12 dunia, Mia Blichfeldt.

Strategi Malaysia meletakkan beregu ‘serpihan’ apabila menggandingkan M.Thinaah dengan Lee Meng Yean juga tidak menjadi.

Beregu negara itu tumpas 19-21, 21-10, 13-21 kepada Maiken Fruergaard-Sara Thygesen.

Laluan Malaysia untuk mencari slot suku akhir kini semakin sukar kerana bakal menentang juara 14 kali, China dalam aksi kedua esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya