‘Maafkan saya Hamilton’ - Utusan Malaysia

‘Maafkan saya Hamilton’

NIKITA MAZEPIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Nikita Mazepin memohon maaf kepada Lewis Hamilton kerana memandu secara bahaya pada Grand Prix Formula Satu (F1) Turki, Ahad lalu.

Dalam perlumbaan itu, Ha­milton bersedia memintas pemandu muda Rusia tersebut pada Selekoh 11, namun Ma­zepin tiba-tiba melanggar pintu keretanya.

Pemandu Haas itu menafikan sengaja melanggar juara dunia tujuh kali tersebut, sebaliknya tidak dapat melihat keadaan belakang menerusi cermin sisi.

LEWIS HAMILTON

“Pertama sekali, saya bersimpati dengan Lewis dan benar-benar meminta maaf.

“Saya sudah beritahu pasukan, saya tidak nampak apa-apa dari cermin sisi, mereka perlu beri panduan lebih jelas menerusi radio di mana kedudukan kereta-kereta lain.

“Semburan air di Turki tidak begitu bersih, jadi ia (cermin) cepat kering, berdebu dan saya seolah-olah memandu secara membuta,” katanya.

Nikita Mazepin terbabas di Istanbul Park, Ahad lalu ketika beraksi pada Grand Prix Turki.

Ini bukan kali pertama Ma­zepin terselamat dalam insiden yang hampir mencetus kemalangan buruk. Dia nyaris membahayakan rakan sepasukan, Mick Schuma­cher bulan lalu.

Mazepin bersaing sengit de­ngan Schumacher sebelum memandu secara agresif ke kanan dan menghimpit anak legenda F1 Jerman, Michael Schumacher itu ke dinding pit.

Mick dan bapa saudaranya yang juga bekas pemandu F1, Ralf Schumacher mengecam tindakan Mazepin, yang dianggap baran di dalam trek. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya