MANCHESTER: Ole Gunnar Solskjaer diejek penyokong tuan rumah ketika melangkah keluar padang selepas Manchester United dibelasah 4-0 oleh Liverpool pada babak pertama dalam aksi Liga Perdana Inggeris sebentar tadi.
Dua gol Mohamed Salah, selain jaringan pantas Naby Keita pada minit kelima dan Diogo Jota meletakkan Reds mendahului selesa di Old Trafford.
Benteng United yang diketuai Harry Maguire tampak amat rapuh dan beberapa kali gagal mengawal pemain lawan, malah tidak banyak percubaan dilakukan tuan rumah kecuali satu rembatan Mason Greenwood yang diselamatkan Alisson.
Solskjaer perlu melakukan sesuatu pada separuh masa kedua jika tidak mahu terus dihukum oleh musuh ketat mereka, malah Cristiano Ronaldo yang tenggelam pada 45 minit pertama harus segera menyerlah. – AGENSI