Liverpool pasti penuhi tuntutan RM2.28 juta seminggu yang diminta Salah - Utusan Malaysia

Liverpool pasti penuhi tuntutan RM2.28 juta seminggu yang diminta Salah

MOHAMED SALAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Mohamed Salah ‘akan dapat apa yang dia mahukan’ dalam rundingan kontrak baharu dengan Liverpool, kata pengkritik bola sepak, Paul Robinson.

Bekas penjaga gol England dan Tottenham itu dalam temu bual bersama Football Insider berkata, Reds akan memenuhi tuntutan Salah tidak kira berapa kos yang perlu dikeluarkan.

Kontrak bintang Mesir berusia 29 tahun tersebut akan berakhir pada 2023.

Menurut The Telegraph, Salah menuntut gaji 400,000 pound (RM2.28 juta ) seminggu, iaitu sekali ganda daripada yang dinikmati sekarang sekiranya Liverpool mahu dia kekal di Merseyside.

Football Insider melaporkan, pengurus pasukan, Jurgen Klopp memberi tekanan hebat kepada pemilik kelab, FSG agar segera menyelesaikan isu Salah.

JURGEN Klopp (kanan) memberi tekanan kepada pemilik Liverpool, FSG Group untuk memenuhi tuntutan Mohamed Salah dan mengekalkan pemain itu di Merseyside.

Klopp tidak mahu berdepan risiko kehilangan kapten Mesir itu kerana kegagalan kelab memenuhi permintaannya.

“Salah akan mendapat apa yang dia mahukan. Jika mahu gantikan dia (dengan pemain setanding), ia akan menelan berjuta-juta ringgit.

“Mereka perlu menawarkan sejumlah wang yang sangat besar dalam kontraknya untuk mengekalkan pemain terbaik dunia.

“Salah mempunyai pengaruh dan mengawal rundingan ini tetapi tidak semua berjalan seperti yang dimahukannya.

“Dalam bola sepak sekarang, tidak banyak wang yang mampu dibelanjakan. Jumlah wang yang kita perkatakan mungkin hanya boleh dikeluarkan oleh Newcastle, Manchester City dan PSG (Paris Saint-Germain). Ia situasi yang sama dengan (Harry) Kane.

MOHAMED Salah menjadi penyerang paling digeruni ketika ini.

“Hanya segelintir kelab mampu menandatangani pemain seperti Salah. Real Madrid, Barcelona dan Juventus tidak lagi berada pada kemampuan kewangan seperti itu.

“Saya fikir, demi kepentingan semua orang, sebaiknya kontrak Salah diselesaikan segera.

“Dia mengharungi musim yang sangat menakjubkan, mungkin bermain bola sepak terbaik dalam kariernya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya