Liverpool, City kongsi mata dalam aksi menghiburkan - Utusan Malaysia

Liverpool, City kongsi mata dalam aksi menghiburkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Liverpool dan Manchester City berkongsi mata dalam perlawanan mendebarkan yang menyaksikan kedua-dua pasukan seri 2-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris sebentar tadi.

City menguasai separuh masa pertama, namun gagal menembusi benteng ampuh Reds.

Memasuki babak kedua, perlawanan berlangsung lebih menarik dan seimbang sebelum gerakan cantik Mohamed Salah berjaya disudahkan oleh Sadio Mane pada minit ke-59 untuk gol pembukaan Reds.

Bagaimanapun, City tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan. Phil Foden berjaya melepasi halangan pertahanan tuan rumah sebelum melepaskan tendangan menewaskan Alisson.

MOHAMED Salah meledak gol kedua Liverpool menerusi gerakan yang cukup menarik.

Salah sekali lagi mempamer aksi cemerlang di Anfield. Kali ini dia memperdaya enam pemain City sebelum melepaskan rembatan yang menewaskan Ederson.

Ketika permainan berbaki sembilan minit untuk tamat, kesilapan Liverpool memberi ruang buat City melancarkan serangan akhirnya membolehkan Kevin de Bruyne merembat gol penyamaan.

Selepas tamat tujuh perlawanan, Chelsea mengungguli liga dengan 16 mata, satu mata mengatasi Liverpool. City di tempat ketiga dengan 15 mata.

Liverpool masih kekal sebagai satu-satunya pasukan yang belum kalah dalam saingan liga setakat ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya