Lawan Malaysia habis-habisan - Utusan Malaysia

Lawan Malaysia habis-habisan

PEMAIN Thailand menjalani latihan akhir di Ulaanbaatar, Mongolia semalam dalam persiapan menghadapi Malaysia pada aksi terakhir Kumpulan J, kelayakan Piala Asia B-23 esok. - IHSAN THAILAND FA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Thailand melaungkan amaran akan memberi tentangan paling sengit kepada Malaysia dalam aksi terakhir Kumpulan J, kelayakan Piala Asia Bawah 23 tahun (B-23) di Mongolia esok.

Sedar Malaysia memiliki kelebihan, skuad muda Gajah Perang yang seri 1-1 dengan Mongolia sebelum bangkit membenam Laos 3-0 akan melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka menutup kempen selaku juara kumpulan.

Pemain sayap sensasi Thailand, Korawich Tasa berkata, pertembungan dengan Malaysia tidak kira di peringkat remaja mahupun senior sentiasa menyajikan aksi getir dan memerlukan mereka memberi lebih daripada 100 peratus.

“Malaysia memiliki barisan pemain yang kuat dan mereka juga menunjukkan peningkatan tidak kira skuad remaja mahupun senior, namun kelebihan kami sudah tentulah semangat berpasukan yang tinggi. Jika lawan memberi 100 peratus di atas padang, kami akan memberikan komitmen dua kali ganda.

“Apa yang pasti, sudah tentu Malaysia memiliki kelebihan awal kerana hanya memerlukan keputusan seri tetapi saya percaya jurulatih memiliki perancangan tersendiri dan kami akan berjuang sehingga ke wisel penamat,” kata pemain Muangthong United itu.

Penyerang Thailand, Teerasak Poeiphimai menyeru rakan-rakannya mengelak daripada melakukan kesilapan mudah.

“Saya harap rakan-rakan sepasukan dapat fokus sepenuhnya dan tidak melakukan kesilapan mudah yang boleh menghukum pasukan.

“Apa yang penting, kami juga perlu memanfaatkan setiap peluang terhidang jika mahu mencerahkan peluang untuk mara ke kejohanan Piala Asia B-23 tahun depan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya