Lang Merah belum selamat - Utusan Malaysia

Lang Merah belum selamat

BADDROL BAKHTIAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar menganggap perjalanan pasukannya ke suku akhir Piala Malaysia masih berliku biarpun meraih enam mata percuma susulan penarikan diri Negeri Sembilan akibat Co­vid-19.

Kata Baddrol, mereka hanya selesa jika berjaya menewaskan Kelantan United pada 6 November, sebelum berdepan Melaka United dalam aksi terakhir, 9 November.

Kekalahan 1-3 kepada Melaka United dalam perlawanan ke­dua Kumpulan C, 30 September lalu membuktikan apa sahaja boleh berlaku dalam baki saingan.

“Memanglah enam mata satu bonus buat sebab kami perlukan kemenangan selepas kalah dengan Melaka.

“Cuma ia tetap tidak menjamin apa-apa kerana masih ada dua perlawanan dan kami pula ada rehat yang panjang sebelum bertemu Kelantan United. Momentum mesti lari sedikit dan sekarang kena sentiasa tingkatkan prestasi dalam latihan.

“Sebenarnya perjalanan ke suku akhir boleh katakan masih samar sebab yang pen­ting kita kena menang dulu dengan Kelantan Uni­ted, selepas itu kita nampak macam mana perjalanan seterusnya untuk layak,” katanya.

Mengenai persiapan pasukan, pemain tengah berusia 33 tahun ini tidak menolak momentum mereka bertambah baik selepas mengharungi satu lagi aksi persahabatan sebelum saingan bersambung.

“Walaupun dah rehat panjang, pada awalnya risau takut momentum terbantut, tetapi saya boleh katakan kami semua dah dapat rasa suasana perlawanan sebenar selepas menentang beberapa pasukan dalam aksi persahabatan sebelum ini.

“Cuma saya harap kami semua dapat mengekalkan momentum ini dan akan memberi persembahan baik dalam dua perlawanan penting pada bulan hadapan,” katanya.

Kedah sepatutnya bertemu Negeri Sembilan, Jumaat ini dan Selasa depan tetapi diberi kemenangan percuma 3-0.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya