Kemalangan 'bagus' untuk pelumba MiniGP - Utusan Malaysia

Kemalangan ‘bagus’ untuk pelumba MiniGP

AKSI pelumba ketika bersaing pada MiniGP 2021 di Litar Go-Kart Sepang kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin menyifatkan insiden kemalangan yang berlaku pada MiniGP 2021 di Litar Go-Kart Sepang kelmarin sebagai elemen positif terhadap pelumba-pelumba cilik negara.

Zulfahmi, yang juga penganjur kejohanan tersebut berkata, kemalangan tersebut merupakan satu proses untuk menimba pengalaman buat pelumba dalam lingkungan usia 10 hingga 14 tahun itu.

Insiden tersebut berlaku ketika perlumbaan kedua musim ini, menyaksikan motosikal 160cc Farres Putra tersentuh Farish Hafiy pada pusingan ke-19, sekali gus menyebabkan kedua-duanya terjatuh.

Situasi tersebut dimanfaatkan Emil Idzhar untuk menyambar kemenangan pada perlumbaan itu selepas berjaya mengelak daripada terbabit sama dalam kemalangan berkenaan.

BARISAN pemenang pada perlumbaan MiniGP 2021.

“Secara keseluruhan, pelumba mempamerkan prestasi yang baik walaupun ada beberapa insiden…semua dapat ditangani dan tiada yang mengalami kecederaan serius. Itu yang paling penting.

“Saya nampak ada peningkatan dalam setiap sesi, setiap perlumbaan yang kita jalankan. Saya juga nampak impak dalam kejuaraan ini di mana semua ibu bapa mula memahami proses perlumbaan dengan betul.

“Tahun ini, kita menggunakan konsep yang lain di mana semua pelumba ada datang dengan ‘helper’ masing-masing.

“Ini memberi peluang kepada kita untuk memberi sedikit tunjuk ajar tentang mencuci dan mengendalikan jentera lumba dengan profesional,” kata Zulfahmi, yang juga Pengurus ZK Racing.

Perlumbaan ketiga dan keempat akan diadakan di venue yang sama pada 23 dan 24 Oktober ini sebelum tiga pelumba terbaik akan dipilih mewakili negara ke saingan Kejuaraan Dunia di Valencia, Sepanyol bulan depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya