Kantung Barca tenat, terhutang RM558 juta - Utusan Malaysia

Kantung Barca tenat, terhutang RM558 juta

BARCELONA masih terhutang dengan Philippe Coutinho biarpun sudah empat tahun pemain itu meninggalkan Liverpool untuk menyarung jersi gergasi Catalan tersebut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Situasi kewangan di Barcelona lebih tenat daripada disangkakan biarpun banyak perkara sudah dibuat, termasuk melepaskan Lionel Messi dan Antoine Griezmann.

Selepas 21 tahun bersama Barca, Messi sanggup gajinya dipotong 50 peratus untuk kekal di Camp Nou, namun Barca tetap tidak mampu membayar gaji bintang Argentina itu.

Gergasi bola sepak Sepanyol itu dikatakan terhutang dengan beberapa kelab dalam urusan jual beli pemain bernilai 98 juta pound (RM558 juta).

Mereka juga terhutang 11 juta pound (RM62.45 juta) dengan Phillipe Coutinho yang ditandatangani dari Liverpool pada 2018.

Atas sebab itu, Barca terdesak untuk menjual perancang utama Brazil tersebut dalam masa terdekat.

LIONEL MESSI

Biarpun berdepan kemerosotan prestasi selepas kalah tiga kali iaitu 0-2 kepada Atletico Mad­rid (La Liga), 0-3 di tangan Benfica serta Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara, mereka dijangka melepaskan beberapa.

Barca juga masih perlu membayar 33.2 juta pound (RM189 juta) kepada gergasi Serie A, Juventus selepas membeli Miralem Pjanic yang hanya beraksi enam perlawanan sejak musim lalu.

Barcelona bagaimanapun sedikit lega kerana telah meminjamkan Pjanic kepada Besiktas.

MIRALEM PJANIC

Barca turut berhutang 32 juta euro (RM155 juta) dengan Ajax untuk perpindahan Frenkie de Jong dan 16 juta euro (RM77.38 juta) untuk Sergino Dest.

Pengurus Barcelona, Ro­nald Koeman berada di bawah tekanan hebat ekoran prestasi buruk pasukannya ketika ini, namun me­nyalahkan jurulatih kelahiran Belanda itu semata-mata atas apa yang berlaku tidak adil.

Selain Messi, Coutinho dan Griezmann, Barcelona sebelum ini turut melepaskan bintang Uruguay, Luis Suarez ke Atletico musim lalu ketika dia berada pada prestasi terbaiknya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya