Juventus jadikan Ronaldo 'kambing hitam', sebab itu dia pergi - Evra - Utusan Malaysia

Juventus jadikan Ronaldo ‘kambing hitam’, sebab itu dia pergi – Evra

CRISTIANO RONALDO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Patrice Evra mendedahkan, perasaan ‘cinta serta hormat’ adalah faktor utama yang membawa Cristiano Ronaldo kembali ke Manchester United dan meninggalkan Juventus pada musim panas lalu.

Ronaldo, 36, membuat kepulangan sensasi di penghujung jendela perpindahan untuk kembali ke pangkuan kelab yang telah mengembangkan bakatnya menjadi pemain bola sepak terhebat dari 2003 hingga 2009.

Selepas berhijrah ke Real Madrid dan berjaya memburu lebih banyak kejayaan, bintang Portugal itu kemudian menyertai gergasi Itali, Juventus pada musim panas 2018.

Biarpun berjaya membawa mereka menjuarai dua gelaran Serie A, dia gagal dalam misi utama membantu pasukan itu menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara.

CRISTIANO Ronaldo ketika bermain bersama Patrice Evra di Manchester United.

Penguasaan Juventus dalam bola sepak Itali juga berakhir musim lalu selepas mereka sekadar menamatkan kempen di tangga keempat.

Biarpun hakikatnya, Juventus merosot di bawah bimbingan jurulatih baharu, Andrea Pirlo tetapi Ronaldo dikritik sebagai punca kejatuhan kelab.

Pemain pertahanan Juventus, Leonardo Bonucci antara yang kuat mengecam pasukan kerana terlalu memberikan tumpuan kepada Ronaldo.

“Cristiano perlukan cinta dan rasa hormat, sebaliknya di Juventus, dia dijadikan kambing hitam.

“Kritikan yang dilemparkan kepadanya di Itali tidak masuk akal dan agak hipokrit. Ia satu kesilapan apabila (Massimiliano) Allegri berkata ‘Cristiano tidak akan bermain dalam semua perlawanan’,” kata Evra kepada La Repubblica.

Evra yang bermain bersama Ronaldo selama tiga tahun setengah di Old Trafford berkata, Allegri tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu kepada umum.

CRISTIANO Ronaldo bersama Massimiliano Allegri.

“Apa pun, cinta sebenar Cristiano adalah Manchester United,” kata Evra.

Juventus membayar 105 juta pound (RM595 juta) kepada Real Madrid untuk mendapatkan khidmat Ronaldo pada 2018 dengan harapan pemenang lima anugerah Ballon d’Or itu mampu membawa mereka menjulang trofi Liga Juara-Juara.

Biarpun mempamer aksi konsisten, dia gagal memenuhi misi yang ditetapkan oleh kelab dan akhirnya dipersalahkan atas kegagalan tersebut.

Evra percaya, ada sebab mengapa kelab dari Itali tidak memenangi kejuaraan elit Eropah selepas 11 tahun.

“Dia Itali, anda terlalu banyak berlatih.

“Kalau mereka berjaya mendapatkan keseimbangan, sudah tentu kelab Itali boleh menjuarai Liga Juara-Juara dengan lebih kerap.

“Mereka mendorong segala-galanya ke tahap yang melampau. Bagi saya ia adalah tanda tidak selamat,” kata bek kiri Perancis itu yang pernah menyarung jersi Juventus dari 2014 hingga 2017. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya