Jangan pandang Sabah sebelah mata - Utusan Malaysia

Jangan pandang Sabah sebelah mata

PEMAIN JDT menjalani latihan akhir kelmarin menjelang perlawanan Piala Malaysia menentang Sabah di Stadium Likas malam ini. – IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sabah mungkin tidak menang dalam 12 perlawanan berturut-turut, namun adalah satu kesilapan besar jika Johor Darul Ta’zim (JDT) memandang rendah keupayaan skuad Tembadau apabila kempen Piala Malaysia kembali bersambung hari ini.

Sabah berharap kehadiran semula penyokong ke stadium akan memberi suntikan sema­ngat apabila menerima kunjungan Harimau Selatan dalam aksi ketiga Kumpulan D di Stadium Likas.

Selain faktor laman sendiri, pengendali JDT, Benjamin Mora menjangkakan Sabah akan tampil berbeza berbanding pasukan yang dikalahkan 2-0 (8 Ogos) dan 4-1 (6 April) kerana mendapat sentuhan bekas jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee.

ONG Kim Swee memberi taklimat kepada pemain Sabah selepas mengambil alih kelab, 10 September lalu.

“Kim Swee seorang jurulatih yang bagus dan sentiasa me­lakukan tugas yang baik sebagai pengendali pasukan.

“Kehadirannya sudah tentu memberi impak kepada persembahan pemain Sabah FC.

“Pasukan Sabah yang akan kita hadapi adalah pasukan yang berbeza.

“Saya menjangkakan ia akan menjadi satu pertembungan yang sukar.

“Tambahan pula dia mempunyai banyak masa untuk membuat persiapan menjelang perlawanan ini, jadi kami tidak boleh memandang rendah keupayaan mereka,” katanya.

Mora membuat tekad untuk mengulangi aksi terbaik mereka pada saingan Piala Malaysia musim 2019 apabila mengharungi kempen tanpa kalah dan berjaya merangkul piala berprestij itu.

“Kali terakhir Piala Malaysia diadakan (2019), kami berjaya merekodkan persembahan bergaya apabila gah tanpa kalah sehinggalah ke pentas final.

“Untuk mengulangi keputusan yang sama Kali kedua bukanlah mudah lebih-lebih lagi tumpuan semua pasukan terakhir kepada trofi tertua di Asia Tenggara itu,” ujarnya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya