'Jangan bandingkan saya dengan Chong Wei' - Utusan Malaysia

‘Jangan bandingkan saya dengan Chong Wei’

LEE Zii Jia perlu siapkan diri bagi menghadapi Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan SEA akan menjengah tahun ini, manakala Sukan Olimpik menanti di Paris pada 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lee Zii Jia merasakan tidak adil bagi dirinya apabila sering dibandingkan dengan Datuk Lee Chong Wei kerana dia sedang berusaha mencipta sejarahnya sendiri dalam arena badminton.

Juara All England itu menegaskan, dia sentiasa bermotivasi untuk membuktikan kemampuan diri dan memburu pencapaian terbaik.

“Ramai orang di Malaysia sering bandingkan saya dengan Chong Wei. Saya mahu buktikan yang saya bukan Lee Chong Wei tetapi Lee Zii Jia.

“Saya ada perjalanan sendiri. Saya hanya mahu lakukan yang terbaik untuk mencipta kisah saya sendiri,” kata Zii Jia.

Awal pagi tadi, Zii Jia yang menggalas tugas kapten dan perseorangan lelaki membantu Malaysia mengejutkan Indonesia 3-2 untuk melangkah ke separuh akhir badminton Piala Sudirman di Vantaa, Finland.

Menghantar pasukan termuda dalam kejohanan berpasukan campuran itu, skuad negara yang puratanya berusia bawah 23 tahun menyamai pencapaian terbaik ketika mara ke separuh akhir di Guangzhou pada 2009.

Pemain berusia 23 tahun itu menewaskan jaguh No. 5 dunia, Anthony Sinisuka Ginting buat kali pertama 21-11, 21-16 untuk meraih mata kedua Malaysia.

“Selepas kekalahan semalam (dikalahkan  bintang Jepun, Kento Momota di peringkat  kumpulan) ia membuatkan saya sedikit hilang keyakinan.

“Kemenangan ini penting untuk meningkatkan semula keyakinan saya, terutama selepas dua bulan tidak beraksi (kali terakhir bertanding di Sukan Olimpik).

“Bukan mudah hendak kekalkan prestasi terbaik. Hari ini, saya fikir dia (Anthony) tidak beraksi dengan baik, banyak buat kesilapan,” katanya yang menyasarkan Olimpik Paris 2024 untuk menyinar.

Zii Jia akan berdepan pemain No. 1 dunia, Momota sekali lagi malam ini (9 malam) apabila Malaysia menentang Jepun pada separuh akhir Piala Sudirman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya