Jadikan Salah pemain termahal dunia - Utusan Malaysia

Jadikan Salah pemain termahal dunia

MOHAMED Salah menjadi penyerang paling digeruni ketika ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Liverpool perlu memberikan kontrak baharu dengan gaji mingguan 500,000 pound (RM2.42 juta) kepada Mohamed Salah untuk kekalkan bintang Mesir itu di Anfield.

Semalam, Salah mempamer aksi menakjubkan apabila me­lakukan larian solo, menewaskan beberapa pemain lawan dan meledak gol ketika Reds seri 2-2 dengan Manchester City pada saingan Liga Perdana Inggeris.

Salah menewaskan Joao Cancelo, Bernardo Silva, Aymeric Laporte dan Ruben Dias sebelum melepaskan rembatan untuk gol kesembilan dalam sembilan perlawanan musim ini.

Liverpool masih belum memperbaharui kontrak pemain berusia 29 tahun itu yang berbaki 18 bulan tetapi jaringan kali ini membuktikan betapa bernilainya Salah buat Reds.

Bekas penyerang England, Darren Bent mengakui terpesona dengan jaringan tersebut dan menegaskan Liverpool perlu bertindak pantas untuk mengikat Salah dengan menawarkan kontrak lumayan.

“Sungguh luar biasa. Jika ­Lionel Messi atau Cristiano Ro­naldo menjaringkan gol seperti itu pasti kita akan membincangkan tentang jaringan tersebut selama berminggu-minggu.

“Dia (Salah) salah seorang daripada dua pemain terbaik dunia ketika ini.

“Saya akan memberi apa sahaja yang diminta selama tiga tahun…anda perlu berikan apa dia mahu kerana dia sangat penting.

“Saya akan memberikannya 500,000 pound (RM2.42 juta) seminggu dalam masa tiga tahun,” katanya.

Sementara itu pengendali Li­verpool Jurgen Klopp percaya gol cantik Salah akan terus diperkatakan untuk tempoh yang lama.

“Hanya pemain terbaik dunia mampu menjaringkan gol se­perti ini.

“Kelab ini tidak akan melupakan perkara begini jadi mereka akan terus bercakap tentangnya sehingga 50 atau 60 tahun akan datang,” ujarnya.

Dalam aksi di Anfield semalam, Salah turut melakukan hantaran cantik untuk gol pembukaan Reds yang disempurnakan Sadio Mane untuk gol pembukaan pada minit ke-59.

Phil Foden menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-69 menerusi tendangan dari sudut sukar, sebelum Salah me­lakukan gerakan luar biasa untuk kembali meletakkan Reds di depan, tujuh minit kemudian.

Selepas saling berbalas sera­ngan menuju ke penghujung perlawanan, sedikit kealpaan benteng membolehkan City menyamakan kedudukan menerusi perancang utamanya, Kevin de Bruyne. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya