Itali buat Belgium menangis lagi - Utusan Malaysia

Itali buat Belgium menangis lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN: Itali menamatkan kempen Liga Negara-Negara di tangga ketiga selepas mengecewakan Belgium sekali lagi di Stadium Allianz, sebentar tadi.

Skuad Azzurri menang 2-1, sekali gus mengulangi kemenangan dengan jaringan yang sama ke atas pasukan No. 1 dunia itu pada suku akhir Euro 2020, 3 Julai lalu.

Itali tampil lebih garang dengan mengatur gerakan-gerakan bahaya ke kubu Belgium, namun gagal menghasilkan gol pada babak pertama.

Juara Eropah itu bagaimanapun meraih gol pertama hanya dua minit selepas separuh masa kedua bersambung menerusi Nicolo Barella.

Domenico Berardi menggandakan kedudukan tuan rumah pada minit ke-65 selepas menyempurnakan sepakan penalti setelah Federico Chiesa dikasari Timothy Castagne.

Ketika permainan berbaki empat minit, Charles De Ketelaere merapatkan jurang 2-1, namun jaringan itu gagal membantu Belgium bangkit mengejar Itali. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya