Htet Aung semakin disayangi di Malaysia - Utusan Malaysia

Htet Aung semakin disayangi di Malaysia

AKSI cemerlang Hein Htet Aung bersama Selangor berjaya memikat peminat Liga Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bintang muda Myanmar, Hein Htet Aung semakin menarik perhatian peminat Liga Malaysia (Liga M) selepas beraksi cemerlang bersama Selangor dalam Liga Super dan Piala Malaysia.

Meskipun beraksi pada musim pertama di Liga M,Htet Aung, 20, telah merekod dua jaringan serta enam bantuan gol, malah penyokong Red ­Giants melihat pemain tengah itu antara import terbaik pasukan musim ini selain pe­nyerang, Ifedayo Omosuyi.

Menurut Htet Aung, dia gembira dengan keputusan menyertai Selangor yang dianggap batu loncatan dalam kariernya selepas menyerlah bersama kelab Myanmar, Hanthawaddy United FC pada musim lalu.

Dia juga percaya, mutu Liga M tinggi dan situasi itu adalah positif dalam meningkatkan lagi tahap permainannya dan menimba pengalaman sebagai pemain bola sepak profesional.

“Sebagai pemain bola sepak profesional, saya ada sasaran tersendiri. Bersama Selangor, ia antara pencapaian terbaik buat saya setakat ini.

“Keputusan untuk bersama Selangor musim ini adalah tepat dan sejak awal, saya gembira berada di sini kerana segala-galanya berjalan sempurna.

“Selangor antara pasukan besar dalam bola sepak Malaysia dan saya meraih pengalaman cukup menarik.

“Saya sentiasa mahu membantu rakan sepasukan mendapatkan kemenangan kerana Selangor saya sudah anggap sebahagian diri ini,” katanya.

Htet Aung antara pemain berpotensi di Myanmar apabila memenangi anugerah Pemain Harapan Liga Nasional Myanmar pada 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya