Harimau Malaya tumbang lagi - Utusan Malaysia

Harimau Malaya tumbang lagi

Skuad Harimau Malaya kalah 1-5 kepada Uzbekistan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harimau Malaya sekali lagi mengalami kekalahan besar dalam aksi persahabatan di Amman, Jordan selepas dibenam 5-1 oleh Uzbekistan sebentar tadi.

Biarpun ada peningkatan ditunjukkan anak-anak buah Tan Cheng Hoe berbanding ketika dibelasah 4-0 oleh Jordan, Rabu lalu, namun benteng rapuh terus menghukum pasukan negara.

Diturunkan dalam kesebelasan utama, Luqman Hakim Shamsudin dan Faisal Halim menunjukkan prestasi baik tetapi jentera serangan Uzbekistan terlalu ampuh.

Memegang reputasi sebagai pasukan No. 84 dunia, Uzbekistan nyata berada dalam kelas berbeza dengan Malaysia, yang menghuni ranking ke-154.

Malaysia ketinggalan 0-3 dalam tempoh 33 minit selepas Dostonbek Khamdamov membuka jaringan seawal minit ke-17 dan menambah gol keduanya di minit ke-29.

Belum sempat Harimau Malaya menarik nafas, mereka dikejutkan pula dengan gol ketiga lawan menerusi Husain Norchaev di minit ke-33.

Ketika babak pertama menunggu masa untuk tamat, kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar menceriakan pasukan negara apabila menghukum kesilapan pertahanan lawan untuk merapatkan jurang 1-3 pada minit ke-45.

Bersambung babak kedua, Malaysia mengatur gerakan-gerakan lebih kemas, namun sekali lagi gagal menembusi benteng lawan.

Sebaliknya, Uzbekistan berjaya menyempurnakan setiap peluang yang diperoleh apabila menambah dua lagi gol menerusi Ibrokhimkhalil Yuldashev di minit ke-68 dan Azizbek Amanov, dua minit sehelum tamat permainan.

Masih tiada berita gembira diberikan Harimau Malaya dalam dua perlawanan persahabatan, namun pemain seperti Luqman, Faisal, Akram Mahinan dan Arif Fadzilah menunjukkan potensi untuk bersaing dalam skuad utama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya