Harimau Malaya tersembam di Jordan - Utusan Malaysia

Harimau Malaya tersembam di Jordan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerapuhan benteng pertahanan menghukum Harimau Malaya apabila dibelasah 4-0 oleh Jordan dalam aksi persahabatan di Amman, sebentar tadi.

Berdepan pasukan ranking ke-93 dunia, Malaysia nyata bukan tandingan Jordan yang menguasai permainan di Stadium King Abdullah II dengan selesa.

Anak-anak buah Tan Cheng Hoe bukan sahaja gagal mengancam kubu lawan, malah melakukan banyak kesilapan pertahanan yang membawa kepada tiga gol pertama Jordan.

Tuan rumah mendahului 2-0 dalam babak pertama menerusi jaringan Ali Olwan pada minit ke-34, diikuti Odai Al-Saify di minit ke-42.

Sebaik sahaja babak kedua bersambung, Jordan melancarkan serangan pantas dan menyebabkan pertahanan Malaysia melakukan kesilapan hingga membuka kepada dua lagi gol lawan dalam tempoh dua minit.

Ali menghukum kesilapan Irfan Zakaria yang menanduk bola ke belakang dengan merembat jaringan ketiga pasukannya pada minit ke-47.

Belum sempat pemain negara menarik nafas, penyerang muda kelab Al-Jazeera berusia 21 tahun itu melengkapkan hatrik pada minit ke-49.

Kekalahan kepada Jordan memberi pengajaran berguna buat pasukan negara yang beraksi dalam perlawanan pertama selepas empat bulan.

Cabaran lebih sukar menanti Malaysia, pasukan ke-154 dunia apabila bakal menentang Uzbekistan yang memiliki ranking lebih baik daripada Jordan, No. 84 dunia dalam aksi persahabatan kedua, Sabtu ini.

Dua perlawanan di Amman juga memberi peluang buat Cheng Hoe mengesan kelemahan skuad kebangsaan sebelum beraksi dalam Piala AFF di Singapura, Disember ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya