Hamilton sedia hilang gelaran dunia - Utusan Malaysia

Hamilton sedia hilang gelaran dunia

LEWIS Hamilton kini ketinggalan 12 mata di belakang Max Verstappen dalam kejuaraan F1 dunia ketika saingan berbaki lima pusingan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Lewis Hamilton tidak lagi memikirkan tentang gelaran Formula Satu (F1) dunia selepas tewas kepada seteru utama, Max Verstappen pada Grand Prix (GP) Amerika Syarikat kelmarin.

Kemenangan itu, memboleh­kan Verstappen mendahului carta dengan kelebihan 12 mata, sekali gus berpeluang cerah ­meraih gelaran dunia ketika saingan berbaki lima pusi­ngan.

Hamilton yang mendahului perlumbaan kelmarin gagal menghalang pemandu Red Bull selepas ketinggalan 1.333 saat.

Dia menjangkakan bakal berdepan kesukaran untuk mengejar Verstappen.

“Saya tidak fikir (kejuaraan dunia) waktu ini dan ha­nya perlu gembira dengan tugas yang dilakukan. Saya akui kami tidak cukup pantas untuk menang.

“Apa pun saya perlu lihat ke depan dan kekal tenang. Harus ambil satu perlumbaan pada satu masa.

“Terdapat dua litar yang mungkin memberi kelebihan kepada Red Bull, jadi kami perlu minimumkan kekuatan mereka dan tmelakukan yang terbaik dalam baki saingan,” katanya.

Pemandu Mercedes itu me­ngakui, Red Bull mempunyai kelebihan beraksi dalam litar yang panas, sekali gus mampu memecut lebih laju.

Perlumbaan akan dite­ruskan di Mexico (8 November), Brazil (15 November), Qatar (21 ­November), Arab Saudi (6 Di­sember) dan Abu Dhabi pada 12 Disember. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya