Gilap bakat jadi lebih hebat – Jonatan - Utusan Malaysia

Gilap bakat jadi lebih hebat – Jonatan

JONATAN CHRISTIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perseorangan lelaki Indonesia, Jonatan Christie kagum dengan Malaysia kerana memiliki barisan pemain muda berkualiti untuk menggalas cabaran negara pada masa akan datang.

Dia yang menjadi perseorangan kedua dalam aksi suku akhir Piala Thomas kelmarin berjaya menjulang Indonesia dengan mata kemenangan selepas menewaskan Ng Tze Yong 14-21,21-19,21-16.

Katanya, Malaysia perlu menggilap bakat-bakat ini supaya mereka dapat terus membawa cabaran pada masa akan datang kerana mereka memiliki potensi yang sangat besar.

“Tze Yong adalah pemain muda yang bagus dan memiliki potensi untuk maju mungkin hari ini dia tewas tetapi ia akan menjadi medan permulaan untuk dia maju,” katanya.

Dalam perkembangan sama, pemain beregu No.1 dunia, Marcus Fernaldi Gideon juga senada dengan Christie menyifatkan pemain negara memiliki potensi besar untuk maju.

Bercakap mengenai pasangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik, dia berkata, selepas saingan Sukan Olimpik Tokyo mereka mengadakan pelbagai latihan termasuk mengadakan perbincangan khusus untuk berdepan dengan mereka.

“Mereka adalah pemain yang cukup bagus, mereka adalah saingan hebat kami dan kami percaya mereka akan terus berjaya pada masa akan datang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya