Fury bengang dituduh tipu ujian Covid - Utusan Malaysia

Fury bengang dituduh tipu ujian Covid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Perang mulut antara Tyson Fury dan Deontay Wilder semakin ‘panas’ menjelang pertembungan dua petinju heavyweight itu pada 9 Oktober ini apabila Fury bengang dengan dakwaan dia ‘memalsukan’ keputusan Covid-19 bagi mengelak pertarungan lebih awal.

Juara heavyweight Majlis Tinju Dunia (WBC) itu menegaskan, dia telah dijangkiti virus berkenaan dua kali dan berada dalam keadaan sangat ‘lemah’ serta ‘menakutkan’.

Wilder berulang kali menuduh lawannya menggunakan ujian Covid positif sebagai alasan untuk menangguhkan pertarungan kali ketiga mereka.

Kedua-dua petinju sepatutnya bertarung pada Julai lalu, namun Fury meminta pertarungan ditunda kepada Oktober kerana dijangkiti virus.

“Saya tidak peduli dengan apa yang dikatakan oleh Deontay Wilder kerana kalau dia mahu membahaskan perkara ini secara umum, maka kami mempunyai rekod perubatan doktor di Las Vegas yang telah melakukan ujian.

“Saya rasa anda tidak boleh memalsukan keputusan Covid-19 dan ujian PCR, terutama apabila mereka ‘menjolok’ hidung anda.

“Tidak mungkin saya ingin dijangkiti Covid dan enggan bertarung dengan Deontay Wilder. Mengapa saya mahu menjauhkan diri dengan pertarungan bernilai AS$20 hingga AS$30 juta, menentang lawan yang pernah saya tewaskan dengan selesa?,” katanya kepada BoxingScene.

Fury memenangi kedua-dua pertarungan terakhir mereka pada 1 Disember 2018 dan 22 Februari 2020. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya