FAM kena tipu? - Utusan Malaysia

FAM kena tipu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ditipu FC Midtjylland?

Itu persoalan yang timbul selepas pemain berdarah kacukan, Dion Cools diturunkan oleh kelab Denmark tersebut dalam perlawanan Super Liga semalam, sedangkan disisihkan daripada skuad Harimau Malaya kerana dikatakan mengalami kecederaan.

Cools yang cemerlang ketika membuat penampilan sulung bersama Malaysia pada kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jun lalu dipanggil menyertai dua aksi persahabatan menentang Jordan (esok) dan Uzbekistan (Sabtu) di Aman, Jordan.

DION Cools beraksi bersama FC Midtjylland dalam Super Liga Denmark semalam.

Bagaimanapun pada Khamis lalu, FAM mengumumkan mereka terpaksa menggantikan pemain pertahanan kacukan Malaysia-Belgium itu dengan Shahrul Nizam Ros Hasni (Terengganu FC) kerana kecederaan.

Menurut peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), mana-mana pemain yang dipanggil oleh skuad kebangsaan mereka untuk beraksi dalam perlawanan di bawah kalendar badan dunia tersebut perlu dilepaskan.

Cools, 25, yang dilahirkan di Kuching bagaimanapun beraksi sebagai pemain gantian selama 11 minit dalam perlawanan yang menyaksikan FC Midtjylland menang besar 4-0.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya