Evra pernah jadi mangsa cabul - Utusan Malaysia

Evra pernah jadi mangsa cabul

PATRICE EVRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas per­ta­hanan Manchester Uni­ted dan Perancis, Patrice Evra mempunyai pengalaman buruk pernah dicabul ketika remaja.

Dalam satu temu bual ketika mempromosikan buku autobiografinya, Evra berkata perkara itu berlaku ketika dia berusia 13 tahun.

Evra, 40, mengakui, memberitahu ibunya buat pertama kali merupakan perkara paling sukar berbanding menceritakan perkara itu dalam bukunya atau bercakap mengenainya dalam wawancara.

“Sudah tentu hatinya luluh. Ia saat yang sukar buat saya. Saya masih perlu menceritakannya kepada adik-beradik dan teman-teman rapat.

“Saya tidak mahukan simpati. Ia keadaan yang sulit. Seorang ibu tidak menjangkakan akan mendengar perkara sebegini daripada anaknya sendiri.

“Kini selepas sudah berusia 40 tahun, baru saya memberitahunya. Dia sangat terkejut, marah. Dia amat kesal,” katanya.

Ibunya turut melarang Evra menulis detik hitam itu dalam bukunya.

“Jangan masukkan dalam buku anda, ia peribadi Patrice,’ tetapi saya membalasnya de­ngan berkata, ibu, ia bukan tentang saya, ia tentang kanak-kanak lain dan barulah dia faham,” kata Evra.

Evra bagaimanapun tidak merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap si pelaku.

“Perkara pertama ibu be­ritahu saya ialah, ‘jika anda tidak saman dia, saya yang akan melakukannya.

“Jika dia masih hidup, saya akan bunuh dia’…Tetapi saya simpan perkara ini dan tidak memikirkan tentang pendakwaan,” ujarnya.

Evra turut mendedahkan ketika berusia 24 tahun dan bermain untuk Monaco, dia me­nerima panggilan daripada polis berkenaan pelaku tersebut tetapi belum bersedia menceritakan apa yang terjadi padanya.

“Ia satu penyesalan kerana merahsiakannya, saya patut dapat menolong lebih ramai orang,” jelasnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya