Elak 'berlawan' fizikal, pemain Mongolia lebih sasa - Utusan Malaysia

Elak ‘berlawan’ fizikal, pemain Mongolia lebih sasa

PEMAIN Malaysia melakukan persiapan terakhir di bawah suhu 4 darjah Celcius di Ulaanbaatar, Mongolia semalam menjelang pertemuan menentang Mongolia pada aksi kedua kelayakan Piala Asia B-23 hari ini. – IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad bawah 22 (B-22) tahun negara cuba mengelak daripada terlibat dalam pertempuran fizikal ketika menentang Mongolia pada saingan kedua Kumpulan J kelayakan Piala Asia B-23 hari ini.

Jurulatih skuad muda negara, Brad Maloney berkata, selain beraksi di laman sendiri, Mongolia juga memiliki kelebihan saiz fizikal berbanding anak-anak buahnya.

Beliau sudahpun melihat aksi Mongolia ketika seri 1-1 dengan Thailand, Isnin lalu dan me­ngakui tuan rumah bermain de­ngan penuh bertenaga.

“Berdepan Mongolia sudah pasti amat sukar. Selain menjadi tuan rumah, kelebihan mereka juga dari segi fizikal dan dibim­bing jurulatih dari Jepun (Shuichi Mase).

“Mereka salah satu pasukan yang memiliki fizikal kuat. Kami akan cuba mengelak daripada terlibat dalam pertempuran fizikal dengan Mongolia.

“Saya sempat menyaksikan perlawanan Mongolia dengan Thailand tempoh hari, saya nampak mereka beraksi dengan penuh bertenaga dan keinginan.

“Sekali lagi saya harapkan Malaysia mengikut strategi yang telah ditetapkan. Ini kerana saya fikir Mongolia pasti akan bangkit dari keputusan seri 1-1 de­ngan Thailand,” katanya.

Isnin lalu, skuad B-22 negara memulakan langkah kanan dalam kempen kelayakan tersebut apabila mengatasi Laos 1-0 dalam saingan di Stadium Persekutuan Bola Sepak Mongolia (MFF) di Ulaanbaatar.

Mengulas lanjut, Maloney mengakui kemenangan ke atas Laos telah menyuntik motivasi pasukan, namun mereka menjangkakan cabaran yang bakal dihadapi hari ini jauh lebih getir.

“Sangat bagus apabila kita bermula dengan langkah kanan dan ia meningkatkan motivasi dan keyakinan pemain untuk berdepan Mongolia.

“Kami bersyukur tiada pemain yang mengalami kecede­raan serius selepas perlawanan menentang Laos atau ketika sesi latihan.

“Pemain sudah menjalani proses pemulihan dengan lancar dan mereka bersedia untuk berdepan tuan rumah. Jadi, ikut sahaja strategi dan saya yakin Malaysia boleh melepasi ­Mongolia,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya