Brighton hampir kejutkan Liverpool - Utusan Malaysia

Brighton hampir kejutkan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Liverpool kelihatan seperti akan melakar satu lagi kemenangan selesa selepas mendahului 2-0 dalam tempoh 24 minit.

Bagaimanapun, Brighton mempamer semangat kebangkitan hebat apabila meledak dua gol penyamaan untuk mengikat Reds 2-2 di Anfield dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.

Malah, skuad The Seagulls yang mengejutkan Liverpool 1-0 di Anfield, Februari lalu mengatur beberapa percubaan yang hampir menghukum tuan rumah menuju ke penghujung permainan.

Begitupun, ketangkasan penjaga gol, Alisson dan kegagalan menyudahkan peluang menyelamatkan Reds daripada mengalami kekalahan pertama musim ini.

Biarpun keciciran mata, Liverpool kekal sebagai satu-satunya pasukan yang belum kalah selepas mengharungi 10 perlawanan setakat ini.

SADIO Mane menanduk gol kedua Liverpool ketika menentang Brighton.

Ketua pasukan, Jordan Henderson membuka jaringan seawal minit ketiga selepas merembat bola le penjuru gawang.

Sadio Mane menggandakan kedudukan pada minit ke-24 dengan menanduk hantaran cantik pemain gantian, Alex Oxlade-Chamberlain.

Ketika babak pertama baki empat minit, Enock Mwepu mengejutkan tuan rumah dengan merapatkan jurang buat Brighton selepas melakukan tendangan jauh, menewaskan Alisson yang terkeluar dari posisi.

Leandro Trossard kemudian melengkapkan kebangkitan Brighton pada minit ke-65. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya