'Berjuang hingga keringat terakhir' - Utusan Malaysia

‘Berjuang hingga keringat terakhir’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AARHUS, Denmark: Biarpun langkah Malaysia untuk mara ke suku akhir Piala Uber sudah tersekat, namun skuad negara tetap berjuang habis-habisan apabila turun dalam aksi terakhir menentang Kanada awal pagi esok.

Kekalahan 0-5 kepada China dalam aksi kedua Kumpulan D, malam tadi menutup harapan Malaysia untuk meneruskan kemaraan.

Kapten Malaysia, Lee Meng Yean bagaimanapun berjanji dia dan rakan-rakan sepasukan akan memberi aksi terbaik berdepan Kanada bagi mencari penawar luka.

Malaysia sebelum itu turut kecundang 1-4 kepada tuan rumah, Denmark pada aksi pembukaan, Sabtu lalu.

“Selepas tewas dua perlawanan, memang sukar nak layak ke suku akhir tetapi kita akan kekalkan semangat juang menentang Kanada esok.

“Kita akan terus berjuang hingga perlawanan terakhir tidak kira menang atau kalah,” kata Meng Yean yang dipetik kepada Bernama.

Terdahulu, juara Olimpik, Chen Yu Fei memulakan kemenangan China dengan mengatasi Eoon Qi Xuan 21-13, 21-11, diikuti kemenangan 21-12, 21-17 oleh Liu Xuan Xuan-Xia Yu Ting ke atas Lee Meng Yean-M Thinaah, manakala He Bing Jiao menewaskan Siti Nurshuhaini Azman 21-8, 21-3.

Skuad negara terus dilanda derita apabila beregu kedua China, Huang Dong Ping-Jia Yi Fan menundukkan Go Pei Kee-Teoh Mei Xing 21-9, 21-12, sebelum Wang Zhi Yi melengkapkan kemenangan dengan menewaskan K. Letshanaa 21-15, 21-11.

Mengulas mengenai perlawanannya, Thinaah berkata, pergerakan mereka agak perlahan, manakala pertahanan cukup baik, ditambah pula serangan lawan yang agresif.

Pemain muda negara, Qi Xuan yang diturunkan sebagai perseorangan pertama berkata perasaannya bercampur-baur dapat beraksi menentang pemain No. 2 dunia itu.

EOON QI XUAN

“Saya gembira dan pada masa sama gementar. Saya boleh belajar daripada dia banyak perkara, permainannya tenang dan tidak gelabah.

“Awal-awal perlawanan, mungkin dia tidak tahu permainan saya, tetapi selepas baca permainan saya, dia dah boleh agak rentak saya.

“Permainannya sangat bagus, saya bermain agak perlahan dan dia dah menguasai rentak.

“Permainan dia agak cepat apabila saya membalas hantaran, pukulan balasnya datang balik dengan laju,” katanya yang bersedia mempamerkan aksi terbaik jika diturunkan menentang Kanada nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya