Bagi sahaja apa Salah mahu - Utusan Malaysia

Bagi sahaja apa Salah mahu

MOHAMED SALAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penyokong Liverpool mendesak kelab agar memenuhi permintaan Mohamed Salah untuk menaikkan gaji atau kehilangan bintang Mesir itu yang menjadi buruan Paris Saint-Germain (PSG) dan Real Madrid.

Ketika kontraknya berbaki 18 bulan, Reds belum mencapai persetujuan mengenai masa depan pemain berusia 29 tahun itu yang dikatakan menuntut gaji 300,000 pound (RM1.7 juta) seminggu.

Salah yang akan tamat kontrak pada Jun 2023 menerima gaji 200,000 pound (RM1.13 juta), jumlah yang dianggap rendah untuk pemain bertaraf bintang sepertinya.

Wartawan bola sepak ter­kenal Itali yang dianggap ‘pakar’ perpindahan pemain, Fabrizio Romano mendakwa, PSG serius hendak mendapatkan Salah bagi menggantikan Kylian Mbappe yang mahu keluar.

Prestasi hebat pemain itu yang meledak sembilan gol dan tiga gerakan jaringan dalam sembilan penampilan musim ini membuktikan dia ‘aset’ besar.

“Saya boleh beritahu anda, daripada apa yang saya dibe­ritahu, PSG benar-benar mencari peluang untuk mendapatkannya (Salah) pada awal musim panas, mungkin Jun.

“Kalau mereka menjual ­Kylian Mbappe kepada Real Madrid, mereka bersedia menawarkan sesuatu yang amat besar,” kata Romano.

Dianggap pemain paling berpengaruh di Anfield ketika ini, kehilangan Salah yang meledak lebih 100 gol bersama Reds pasti menimbulkan kemarahan peminat.

Di media sosial, peminat mendesak pemilik kelab, Fenway Sports Group (FSG) meme­nuhi apa sahaja tuntutan Salah, malah ada yang menganggap dia berhak menerima 500,000 pound (RM2.83 juta) seminggu.

Sekalipun Reds menaikkan gaji Salah kepada 300,000 pound, ia masih rendah berbanding Cristiano Ronaldo yang menikmati 480,000 pound (RM2.72 juta) di Manchester United. – AGENSI

PENERIMA GAJI TERTINGGI LIGA PERDANA

(mingguan)

Cristiano Ronaldo (Manchester United) 480,000 pound (RM2.72 juta)

Kevin de Bruyne (Manchester City) 385,000 pound (RM2.18 juta)

David de Gea(Manchester United) 375,000 pound (RM2.13 juta)

Jadon Sancho (Manchester United) 350,000 pound (RM1.98 juta)

Pierre-Emerick Aubameyang (Arsenal) 350,000 pound (RM1.98 juta)

Romelu Lukaku(Chelsea) 325,000 pound (RM1.84 juta)

Kai Havertz (Chelsea) 310,000 pound (RM1.76 juta)

Raheem Sterling (Manchester City) 300,000 pound (RM1.7 juta)

Paul Pogba (Manchester United) 290,000 (RM1.64 juta)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya