Axelsen sekat langkah Zii Jia - Utusan Malaysia

Axelsen sekat langkah Zii Jia

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertahanan mantap juara Olimpik, Viktor Axelsen memerangkap Lee Zii Jia, sekali gus menyingkirkan jaguh perseorangan negara itu pada suku akhir badminton Terbuka Denmark di Odense, sebentar tadi.

Kedua-dua pemain tinggi lampai itu mempamer aksi menyerang dan menghiburkan, namun Axelsen yang mendapat sokongan padu penyokong tuan rumah akhirnya menang 21-19, 21-19 dalam pertarungan 39 minit.

Kemenangan tersebut membolehkan Axelsen membalas dendam atas kekalahannya kepada Zii Jia dalam final All England, Mac lalu.

Malah, pemain No. 2 dunia itu turut melebarkan rekod pertemuan ke atas perseorangan utama Malaysia tersebut kepada 4-2.

Axelsen kini akan menentang Lee Cheuk Yiu dari Hong Kong untuk memburu tiket perlawanan akhir.

Satu lagi separuh akhir akan menemukan jaguh No. 1 dunia, Kento Momota dari Jepun dengan pemain Indonesia, Tommy Sugiarto.

Dengan kekalahan Zii Jia, pasangan muda, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei kini menjadi wakil tunggal Malaysia yang akan meneruskan cabaran di Odense.

Pasangan No. 26 dunia itu akan menentang beregu lelaki tuan rumah yang juga pilihan kelapan, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya