Atlet kembali fokus ke Hanoi - Utusan Malaysia

Atlet kembali fokus ke Hanoi

KEReSAHAN atlet mengenai status Sukan SEA 2021 akhirnya terjawab selepas ia tidak akan dibatalkan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua atlet boleh menarik nafas lega selepas Konfederasi Sukan SEA (SEAGF) memutuskan Sukan SEA Hanoi akan berlangsung pertengahan Mei depan.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, keputusan itu dicapai pada Mesyuarat SEAGF yang diadakan secara maya semalam membabitkan anggota negara-negara Asia Tenggara.

Bagaimanapun, belum ada tarikh khusus untuk edisi ke-31 temasya di Hanoi itu kerana penganjur masih menunggu kata putus kerajaan Vietnam.

“SEAGF telah menghantar isyarat jelas mengenai hala tuju Sukan SEA bagi membolehkan atlet yang bertanding me­lakukan persiapan terbaik kerana program latihan sudah berjalan selepas tamat temasya Filipina (2019).

“Kita boleh mulakan persiapan dan jawatankuasa pemi­lihan boleh duduk berbincang bagi menentukan pemilihan atlet dan sebagainya kerana 2022 tahun yang sangat sibuk buat sukan negara.

“Dalam mesyuarat itu juga, kami menerima permintaan Kemboja untuk berada dalam SEAGF dan bekerjasama dengan Jawatankuasa Olimpik Nasional Vietnam bermula Disember ini.

“Tujuan utama untuk memastikan kelancaran persiapan Sukan SEA ke-32 pada 5 hingga 16 Mei 2023 di Kemboja,” kata­nya semalam.

MOHMAD NORZA ZAKARIA

Julai lalu, Vietnam memutuskan untuk menunda Sukan SEA yang sepatutnya berlangsung pada 21 November hingga 2 ­Disember ekoran pandemik Covid-19.

Katanya, Vietnam akan me­ngadakan satu lagi mesyuarat selepas mendapatkan tarikh temasya dan jumlah sukan yang akan dipertandingkan.

Bagaimanapun, mereka juga perlu mengambil kira kemudahan di Hanoi.

“Infrastruktur mereka mungkin ada yang terjejas akibat Covid-19, ada yang tidak sempat siap, jadi mereka akan pergi ke setiap daerah untuk melihat kemudahan yang ada,” katanya.

Kata Mohamad Norza, semua negara juga telah memberitahu situasi Covid-19 ma­sing-masing.

“Kami percaya jika mereka mengambil modul ke­selamatan Sukan Olimpik dan kejohanan lain yang dijalankan semasa musim Co­vid-19, mereka akan berjaya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya