Arsenal bikin United ‘panas’ - Utusan Malaysia

Arsenal bikin United ‘panas’

PEMAIN Arsenal meraikan kemenangan ke atas Leeds United pada pusingan keempat Piala Liga di Stadium Emirates, London semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal membuatkan Manchester United kepanasan selepas skuad muda mereka dibandingkan dengan barisan bintang Red Devils ketika me­numpaskan Leeds United 2-0 untuk mara ke suku akhir Piala Liga semalam.

Legenda United, Gary Neville menyifatkan, bintang tengah berusia 21 tahun, Emile Smith Rowe lebih klinikal berban­ding Cristiano Ronaldo ketika muda.

Penyokong Gunners pula menganggap pertahanan mereka, Ben White, 24, jauh lebih baik berbanding bek tengah Red Devils, Raphael Varane.

EMILE SMITH ROWE

“Smith Rowe pemain yang sangat bagus, masa depan ­kariernya masih panjang.

“Cristiano Ronaldo pun tidak klinikal dan tajam pada usia 21 tahun,” kata ­Neville.

Peminat Gunners pula memuji White ketika Arsenal menyingkirkan Leeds, tiga hari selepas menumpaskan Aston Villa 3-1 dalam Liga Perdana Inggeris.

White, 24, yang ditandata­ngani dari Brighton pada harga 50 juta pound (RM285 juta) kini menjadi nadi benteng Gunners.

BEN WHITE

“Ben White lebih bagus daripada Varane,” tulis pemilik akaun Twitter, Sam­biSzn.

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta yakin, White mampu menjadi ‘luar biasa’ dalam tempoh beberapa tahun ini.

“Kami membawanya masuk kerana yakin dia boleh menjadi pemain yang luar biasa.

“Dia masih kurang pengalaman dalam liga utama tapi pernah beraksi bersama Leeds dan Brighton, jadi dia akan matang dengan cepat,” katanya.

Dalam semalam, jaringan pemain gantian, Calum Chambers dan Eddie Nketiah memastikan kemenangan Gunners. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya