Aaron-Wooi Yin ketuai kemaraan 4 wakil Malaysia ke suku akhir Terbuka Perancis - Utusan Malaysia

Aaron-Wooi Yin ketuai kemaraan 4 wakil Malaysia ke suku akhir Terbuka Perancis

AARON CHIA-SOH WOOI YIK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengetuai kemaraan empat wakil negara ke suku akhir badminton Terbuka Perancis di Paris, awal pagi tadi.

Turun sebagai pilihan keempat, beregu No. 8 dunia itu mudah menyingkirkan Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren dari Thailand 21-12, 21-12.

Menanti mereka dalam suku akhir malam nanti adalah pilihan kelima dari India, Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy.

Turut meneruskan kemaraan pilihan ketujuh, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang menang mudah 21-8, 21-8 ke atas beregu England, Callum Hemming-Steven Stallwood.

Cabaran getir bakal menanti pasangan muda negara itu apabila berdepan beregu No. 1 dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dari Indonesia.

Sementara itu, dua pasangan profesional, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan Goh Soon Huat-Shevon Lai meneruskan kemaraan ke suku akhir beregu campuran.

Pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016, Peng Soon-Liu Ying bakal berdepan pilihan ketiga, Yuta Watanabe-Arisa Higashino yang masih segar dengan kejayaan menjuarai Terbuka Denmark minggu lalu.

Peng Soon-Liu Ying mara selepas menumpaskan satu lagi beregu Jepun, Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo 21-19, 21-14.

Cabaran berliku juga menanti Soon Huat-Shevon apabila akan ditentang naib juara dunia yang juga pilihan pertama, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand.

Terdahulu, Soon Huat-Shevon mudah melepasi halangan pasangan Rusia, Rodion Alimov-Alina Davletova 21-9, 21-13.

KEPUTUSAN
(pusingan kedua, pemain Malaysia)

BEREGU LELAKI
AARON CHIA-SOH WOOI YIK kln Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren (THA) 21-12, 21-12

ONG YEW SIN-TEO EE YI kln Callum Hemming-Steven Stallwood (ENG) 21-8, 21-8

BEREGU WANITA
Chloe Birch-Lauren Smith (ENG) kln
LEE MENG YEN-YAP CHENG WEN 21-19, 22-24, 21-16

Siti Fadia Silva Ramadhanti-Ribka Sugiarto (INA) kln PEARLY TAN-M. THINAAH 21-12, 23-21

BEREGU CAMPURAN
Yuta Watanabe-Arisa Higashino (JPN) kln HOO PANG RON-CHEAH YEE SEE 21-16, 21-18

Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran (THA) kln TAN KIAN MENG-LAI PEI JING 20-22, 23-21, 21-14

GOH SOON HUAT-SHEVON LAI kln Rodion Alimov-Alina Davletova (RUS) 21-9, 21-13

CHAN PENG SOON-GOH LIU YING kln Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo (JPN) 21-19, 21-14

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya