Aaron-Wooi Yik wakil tunggal ke separuh akhir Terbuka Perancis - Utusan Malaysia

Aaron-Wooi Yik wakil tunggal ke separuh akhir Terbuka Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketika tiga wakil negara yang lain terpaksa akur dengan kehebatan beregu handalan dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memastikan bendera Malaysia terus berkibar di Paris dengan mara ke separuh akhir badminton Terbuka Perancis, awal pagi tadi.

Aaron-Wooi Yik yang turun sebagai pilihan keempat bagaimanapun tidak terlepas daripada mengharungi pertarungan sengit ketika menyingkirkan pilihan kelima dari India, Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy 18-21, 21-18, 21-17.

Kemenangan tersebut bakal menemukan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik itu dengan pasangan Korea Selatan, Ko Sung Hyun-Shin Baekcheol malam ini.

Terdahulu, cabaran satu lagi beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi berakhir di tangan pasangan No. 1 dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dari Indonesia.

ONG YEW SIN-TEO EE YI

Yew Sin-Ee Yi terpaksa akur 13-21, 20-22 dalam pertarungan yang berlangsung selama 26 minit.

Turut berakhir cabaran dua pasangan profesional, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan Goh Soon Huat-Shevon Lai dalam acara beregu campuran.

GOH Liu Ying (kiri) dan Chan Peng Soon.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Peng Soon-Liu Ying tunduk 10-21, 17-21 kepada pilihan ketiga, Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun.

GOH Soon Huat dan Shevon Jemie Lai.

Soon Huat-Shevon pula bukan tandingan pilihan pertama dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand apabila kalah mudah 14-21, 10-21.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya