IPOH: Sebanyak 27 pasukan mengesahkan penyertaan dalam Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Parlimen Tambun yang berlangsung Sabtu dan Ahad ini.
Kejohanan bagi merebut piala Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu itu dikenali sebagai Piala Peja .
Jurucakap pertandingan berkata, kejohanan akan berlangsung di Kompleks Sukan Chepor dan Padang Lintau, Kampung Tengku Hussein.
“Pusingan awal diadakan di Kompleks Sukan Chepor, manakala pusingan seterusnya dan final di Padang Lintau pada Ahad.
“Kejohanan ini terbuka kepada semua masyarakat di Parlimen Tambun,” katanya.
Jurucakap itu berkata, yuran penyertaan ialah RM200 satu pasukan.
Kejohanan julung kali diadakan ini menawarkan wang tunai RM5,000, RM3,000, RM2,000 dan RM1,000 masing-masing kepada juara naib juara, ketiga serta empat.
Sempena pertandingan itu juga akan diadakan acara fun ride, senamrobik serta perlawanan bola sepak persahabatan antara pasukan pilihan Menteri Belia dan Sukan menentang pilihan artis .